Samsung Galaxy A42 5G Diumumkan – Peranti 5G Paling Mampu Milik Samsung

Samsung Galaxy A42 5G Diumumkan – Peranti 5G Paling Mampu Milik Samsung

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Semalam Samsung Galaxy A42 5G telah diumumkan semalam. Ia menurut Samsung adalah peranti 5G paling mampu milik keluaran mereka apabila dipasarkan pada penghujung tahun kelak. Pada waktu ini spesifikasi rasmi A42 5G masih lagi dirahsiakan kecuali skrin sebesar 6.6″ AMOLED.

Namun begitu beberapa maklumat yang telah tertiris sebelum ini mengesahkan penggunaan cip Snapdragon 690, memori sebesar 4GB RAM, kuad kamera dengan salah satu sensor sebesar 48ML dan bateri sebesar 5000 mAh.

Peranti nampaknya mempunyai rekaan skrin bertakuk dengan dagu yang sedikit besar. Pada panel belakang dapat dilihat bonggol kuad kamera dan rekaan cerun berwarna hitam empat tona. Akhir sekali bicu audio 3.5mm juga dikekalkan pada bahagian bawah.



TIPS & ULASAN