Ninebot Melancarkan Scooter MAX Sports – Skuter Swaimbang Dengan Rekaan Kereta Lumba

Ninebot Melancarkan Scooter MAX Sports – Skuter Swaimbang Dengan Rekaan Kereta Lumba

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Ninebot adalah syarikat yang disokong oleh Xiaomi, mereka adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk jenama Segway atau produk-produk skuter swaimbang, kereta go-kart, dan banyak lagi. Terkini, mereka telah hadir dengan Scooter MAX Sports yang boleh bergerak sejauh 38KM dalam satu pengecasan.

Tetapi itu bukan perkara menarik pada skuter ini, sebaliknya adalah ia menggunakan rekaan kereta lumba dan turut boleh di pasang pada kit GoKart Pro atau GoKart edisi Lamborghini mereka. Seperti kebanyakan skuter elektrik mereka yang lain, ia adalah sebuah lagi skuter elektrik. Rekaan kereta lumba ini digunakan pada roda stereng dan ketinggian bar pemegang boleh dilaras dari 1.3m sehingga 1.8m mengikut kesesuaian pengguna. Seperti yang diperkenalkan pada Ninebot Nano Self-balancing Scooter Mei lepas, Scooter MAX Sports ini turut menggunakan teknologi kawalan Ninebot Leansteer.

Melalui teknologi ini, pengguna boleh mengawal skuter ini dengan mudah sekali kerana ia amat ringan. Bukan itu sahaja, ia juga akan mengesan jika manusia sedang berdiri pada skuter ini untuk mula menyeimbangkan dengan sendiri. Sistem keselamatan yang diperkenalkan sebelum ini turut dikekalkan, jadi tidak kira ketika pengguna sedang bergerak ke hadapan, mengawal stereng, cuba membrek atau ketika mengecas – ia tidak akan membahayakan pengguna. Berat keseluruhan juga boleh diterima, iaitu hanya 22.8 KG.

Buat masa ini, ini adalah skuter paling berkuasa dari Ninebot. Ia boleh bergerak selaku 20km/j dalam mod skuter. Tetapi boleh memecut sehingga 37km/j jika menggunakan mod go-kart. Berbeza dengan mod skuter yang hanya boleh bergerak sejauh 38km dalam satu pengecasan, mod go-kart hanya boleh bergerak sejauh 27km sahaja. Harga jualan adalah RMB4,499 iaitu sekitar RM2,729 dan pasarannya adalah terhad di China sahaja buat masa ini.



Paling Popular