Motorola Razr 5G Akan Dilancarkan Pada 10 September Ini

Motorola Razr 5G Akan Dilancarkan Pada 10 September Ini

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

Motorola Razr mengembalikan semula rekaan kerangka kerang klasik peranti yang cukup ikonik pada awal 2000. Selepas hampir setahun, Motorola Razr 5G kini sedia untuk dilancarkan dan tarikhnya disahkan akan berlaku pada 10 September ini.

Poster acah yang dikongsi oleh akaun Weibo rasmi Motorola, menggunakan beberapa Razr 5G untuk menunjukkan tarikh pelancaran. Dari imej di atas tiada perubahan besar pada rekaan dapat dilihat. Peranti masih mempunyai rekaan skrin boleh lipat kerangka kerang dan dagu yang besar pada bahagian bawah.

Beberapa maklumat yang tertiris mengatakan ia akan dilengkapi pemproses Snapdragon 765G, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 246GB, kamera utama 48MP dan kamera swafoto 20MP.

Motorola Razr 2019 tidak pernah dipasarkan secara rasmi di Malaysia. Maka bolehlah diramalkan Razr 5G akan turut menerima nasib yang sama.



Paling Popular