Facebook Dan Instagram Akan Membayar Pengguna Yang Menyahaktifkan Akaun Demi Kajian

Facebook Dan Instagram Akan Membayar Pengguna Yang Menyahaktifkan Akaun Demi Kajian

Diterbitkan pada Sep 4, 2020 oleh .

Lebih sedekad yang lalu heboh terdapat cara untuk menjana wang dengan hanya menggunakan akaun Facebook. “Guna Facebook Dapat RM1” ialah meme yang kini sudah mati tetapi masih ramai percaya ia mampu dilakukan tanpa perlu berusaha keras. Di tahun 2020, meme ini menjadi kenyataan tetapi dengan cara yang terbalik pula.

Facebook akan menjalankan kajian mengenai impak media sosial ke atas Pilihanraya Presiden A.S yang akan berlangsung November hadapan. Pengguna yang menyahaktifkan akaun Facebook dan Instagram akan dibayar sehingga $20 seminggu untuk menyertai kajian. Mereka boleh kembali menggunakan kedua-dua akaun selepas berakhirnya pilihanraya pada 4 November.

Platform media sosial kini menjadi medan pertempuran parti politik untuk meraih undi. Malang sekali ia terlalu mudah dimanipulasi oleh pihak tertentu seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia.

Skandal Cambridge Analytica beberapa tahun yang lalu menujukan betapa mudahnya pengundi dimanipulasi dengan maklumat yang salah. Ini sekaligus meninggalkan impak yang negatif terhadap proses demokrasi.



TIPS & ULASAN