Akaun Facebook Pengguna Malaysia Disahkan Tidak Dikongsi Dengan Cambridge Analytica

Diterbitkan pada Apr 6, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Skandal Cambridge Analytica (CA) meletakkan etika perniagaan Facebook di bawah lampu limpah dunia. Data pengguna digunakan diperoleh oleh CA secara tidak untuk mempengaruhi pilihanraya dan pungutan suara di beberapa negara. Facebook telahpun memohon maaf kepada pengguna kerana skandal ini. Mereka juga telah berkongsi jumlah sebenar dan lokasi akaun pengguna yang dikongsi dengan CA.

Sebanyak 83 juta akaun sebenarnya dikongsi dengan CA. Ini adalah lebih tinggi berbanding laporan asal iaitu 50 juta akaun. Hampir 71 juta (81.6%) akaun adalah dari Amerika Syarikat. Pengguna Filipina di tempat kedua dengan 1,175,870 (1.4%) akaun terkesan diikuti oleh Indonesia dengan 1,096,666 (1.3%) akaun. Berita baik di sini ialah tiada akaun pengguna dari Malaysia telah dikongsi dengan CA.

Sungguhpun begitu kami masih menyarankan pembaca Amanz untuk menarik kebenaran kepada aplikasi pihak ketiga untuk mengakses akaun Facebook anda. Laman App Settings telahpun dikemaskini bagi memudahkan proses penarikan akses ini secara pukal.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami