Carian
Asus ROG Phone 3 Berharga Bermula RM3799 Di Malaysia, ROG Phone 3 Strix Berharga RM2999
September 5, 2020 Aman

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar permua mereka untuk pasaran Malaysia. Sebanyak tiga model dibawa masuk, iaitu satu Asus ROG Phone 3 Strix, dan dua model dibawah Asus ROG Phone 3.

Asus ROG Phone 3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+, memori sehingga 16GB RAM, dan storan 512GB. Ia turut menawarkan skrin pada kadar segar semula 144Hz, serta bateri berkapasiti 6000mAh.  Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang gabungan 64MP + 13MP (ultra-lebar) + 5MP (makro), selain rakaman swafoto 24-megapixel.

Asus ROG Phone 3

Sementara Asus ROG Phone 3 Strix pula hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, memori 8GB RAM dan storan 256GB.

ROG Phone 3 Strix Edition

Berbeza dengan versi utama, Asus ROG Phone 3 Strix hadir dengan cip Snapdragon 865 pada kelajuan 2.84Ghz – berbanding ROG Phone 3 yang menggunakan Snapdragon 865 pada kelajuan 3.1Ghz.

Disamping itu, Asus ROG Phone 3 Strix Edition ini turut hadir dengan memori 8GB RAM LPDDR5, selain storan 256GB UFS 3.1. Penawaran lain adalah lebih kurang sama seperti versi ROG Phone 3 – termasuk pengoptimasian untuk permua.

Di Malaysia, Asus ROG Phone 3 Strix ditawarkan pada harga RM2999. Asus ROG Phone 3 versi 12GB RAM pula ditawarkan pada harga RM3799, dan ROG Phone 3 dengan 16GB RAM ditawarkan pada harga RM4499.


Bersama-sama dengannya, sejumlah aksesori turut ditawarkan Asus, termasuk ROG Kunai 3 Gamepad pada harga RM499, Mobile Desktop Dock pada harga RM599, dan TwinView Dock 3 pada harga RM899

Komen