Huawei Y9a Dilancarkan – Sokong MediaTek Helio G80 Dan Kuad Kamera Utama

Huawei Y9a Dilancarkan – Sokong MediaTek Helio G80 Dan Kuad Kamera Utama

Diterbitkan pada Sep 7, 2020 oleh .

Selepas memperkenalkan siri Huawei Enjoy 20, kali ini giliran Huawei 9a pula dilancarkan secara rasmi. Peranti ini dilihat mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Huawei Enjoy 20 Plus. Tetapi, dengan sejumlah spesifikasi dalaman yang berbeza.

Huawei Y9a membawakan paparan berukuran 6.63-inci IPS LCD FHD+ (2400 x 1080 piksel) bersama nisbah skrin-ke-badan sebanyak 92%. Sama seperti Huawei Enjoy 20 Plus, peranti ini juga menggunakan paparan hadapan dengan rekaan menyeluruh bersama penyertaan kamera swafoto pop-naik sebesar 16-Megapixel.

Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G80 dengan paduan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 128GB (UFS 2.1). Perisian yang digunakan pula adalah EMUI 10.1 berasaskan Android 10 terkini bersama sokongan Huawei Mobile Services (HMS).

Untuk kamera, ia dilengkapi empat lensa utama dengan konfigurasi 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro). Spesfikasi lain termasuklah sokongan Wifi 5, Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm dan bateri 4,200mAh melalui port USB-C.

Bateri pada peranti ini menyokong pengecasan pantas tetapi ianya berbeza mengikut rantau. Di mana, beberapa negara di Asia tengah akan didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 40W. Manakala, rantau lain pula hanya menyokong pengecasan pantas 22.5W.



TIPS & ULASAN