Samsung Dan SK Hynix Akan Menghentikan Bekalan Komponen Kepada Huawei Minggu Hadapan

Samsung Dan SK Hynix Akan Menghentikan Bekalan Komponen Kepada Huawei Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 9, 2020 oleh .

Samsung Electronics dan SK Hynix ialah dua pengeluar memori serta storan dengan pegangan pasaran yang besar. Menurut laporan ChosunBiz, bermula 14 September ini kedua-duanya akan menghentikan jualan komponen utama untuk peranti mudah alih ini kepada Huawei atas sebab halangan pembelian semikonduktor yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Arahan asal menghalang berapa syarikat China terutamanya Huawei dari membeli semikonduktor yang dihasilkan menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat. Pada asalnya halangan ini dipercayai hanya akan melibatkan cip pemproses tetapi kini jelas turut akan melibatkan komponen memori dan RAM.

Impak terhadap pasaran adalah besar kerana Huawei di tangga ketiga dalam pembelian semikonduktor di belakang Apple dan Samsung. Dipercayai Huawei menyumbang 6% pembelian komponen Samsung Electronics da 15% pembelian komponen SK Hynix.

Perang perdagangan Amerika Syarikat dan China yang sudah berlarutan bertahun mulanya semakin runcing tahun lalu selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti. Bermula dengan halangan perisian ia kemudian dikembangkan kepada halangan perkakasan. Oleh sebab itu terdapat ramalan dalam situasi paling buruk, Huawei mungkin menarik diri dari pengeluaran telefon pintar di masa hadapan.



TIPS & ULASAN