Cari @ Amanz

Realme 7i Hadir Dengan Skrin 90Hz, Rekaan Penuh Turut Tertiris

Link Copied!

Realme sekali lagi menjadi fokus serta bualan ramai selepas berita mengenai perancangan untuk pelancaran siri Realme 7 di Indonesia tular di laman sosial. Dua buah model akan diperkenalkan dan salah satu daripadanya adalah Realme 7i.

Spesifikasi mengenainya sebelum ini telahpun tertiris. Kali ini, giliran rekaan penuh peranti pula mula dikongsi. Dipetik daripada laman Lazada Indonesia, peranti ini dilihat hadir dengan rekaan paparan hadapan berlubang bersama sokongan lensa swafoto tunggal. Seterusnya, ia juga memperlihatkan panel belakang dengan modul kamera segi empat dengan bonjol yang agak tebal. Melaluinya juga, ia dilihat menempatkan empat lensa utama dan satu flash. Turut dapat dilihat, panel belakang ini dilengkapi pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat.

Dalam hantaran yang sama, laman tersebut turut memperlihatkan sejumlah spesifikasi utama pada peranti. Sedikit sebanyak, ia seakan-akan mengiyakan spekulasi tertiris sebelum ini yang mengatakan Realme 7i akan dilengkapi skrin 90Hz, kamera utama 64-Megapixel dan bateri 5,000mAh. Pelancaran rasmi untuk peranti ini telah dijadualkan berlangsung pada 17 September ini.


Komen ()