Carian
KKMM Tiada Cadangan Untuk Kenakan Bayaran Perkhidmatan Untuk Pembelian Atas-Talian
September 9, 2020 Aman

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengatakan mereka dalam perbincangan untuk memperkenalkan caj sebanyak 20 sen untuk pembelian dibawah RM1,000. Pengumuman ini telah membawa kepada pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.

Hari ini, lanjutan daripada perkara berkenaan, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengeluarkan kenyataaan rasmi, mengatakan tiada sebarang cadangan untuk kenakan bayaran perkhidmatan untuk pembelian atas-talian.

KKMM mengatakan belum ada perbincangan untuk caj berkenaan buat masa ini.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan caj berkenaan akan dikenakan dan dana terkumpul boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan juga keselamatan siber.

Komen