Oppo Akan Melancarkan ColorOS 11 Pada 14 September Ini

Oppo Akan Melancarkan ColorOS 11 Pada 14 September Ini

Diterbitkan pada Sep 10, 2020 oleh .

Dengan pelancarannya secara rasmi semalam, Android 11 akan secara perlahan-lahan diberikan kepada pengeluar peranti Android selain Pixel secara berperingkat. Oppo telahpun mengesahkan pelancaran ColorOS 11 akan berlangsung pada 14 September hadapan.

Pelancar ini adalah berasakan Android 11 dan seperti yang kami laporkan semalam ujian Beta telah dibuka kepada pengguna Reno3 dan Reno3 Pro di Malaysia semalam. Menerusi ColorOS 11 pelbagai ciri baharu akan diperkenalkan seperti notifikasi yang dikumpul mengikut jenis dan kawalan privasi serta kebenaran akses kepada aplikasi yang diperketatkan.



TIPS & ULASAN