Android 11 Go Edition Turut Diumumkan – Khusus Untuk Peranti Dengan 2GB RAM

Android 11 Go Edition Turut Diumumkan – Khusus Untuk Peranti Dengan 2GB RAM

Diterbitkan pada Sep 11, 2020 oleh .

Dua bulan telah kami laporkan yang peranti Android yang mempunyai memori 2GB RAM tidak lagi boleh menjalankan sistem operasi Android biasa. Sebaliknya Google mewajibkan pengeluar menjalankan Android Go. Sebelum ini, Android Go adalah untuk peranti yang memorinya bawah 1GB RAM – tetapi disebabkan sistem Android semakin maju dan penggunaan memori akan semakin meningkat perkara ini harus dilaksanakan.

Semalam Android 11 sudah pun rasmi untuk peranti Pixel, Oppo, OnePlus dan beberapa lagi. Tetapi pada hari yang sama, Google turut melancarkan Android 11 Go Edition. Ia kini boleh melancarkan aplikasi 20% lebih pantas melalui teknologi pre-fetching. Seperti Android 11 versi biasa, Google turut memfokuskan kepada perbualan yang lebih baik dalam talam notifikasi. Bukan itu sahaja, privasi dan sekuriti baharu turut diperkenalkan pada Android Go baharu ini seperti kebenaran yang boleh ditarik semula jika aplikasi tidak digunakan.

Dengan penggunaan skrin bersaiz besar semakin menjadi popular dalam kalangan peranti kelas permulaan, kawalan navigasi gestur turut disediakan dalam Android 11 Go Edition ini. Seperti yang dikatakan tadi, memori minima yang Google sarankan adalah 2GB RAM agar peranti mempunyai baki 270MB memori untuk pengguna menjalankan beberapa aplikasi tambahan di latar. Menarik sekali pengurusan storan dalaman juga telah dioptimasikan yang membenarkan peranti mempunyai baki sotran dalaman tambahan 900MB yang cukup untuk 300 swafoto.



TIPS & ULASAN