Cari @ Amanz

Xiaomi turut sedia hadir dengan aplikasi kecergasan dikenali sebagai Mi Health. Sejak pengenalannya sekitar tahun lalu, aplikasi ini menjadi tempat rujukan utama bagi memudahkan pengguna mendapatkan info berkaitan dengan kecergasan.

Dalam perkembangan terbaru, ada sumber melaporkan aplikasi ini telah menerima sejumlah fungsi menarik menerusi kemas kini baharu. Ia termasuklah ciri pemantauan kadar nadi menggunakan kamera peranti pintar. Melaluinya, pengguna boleh mengukur kadar nadi menggunakan kamera belakang pada peranti dengan hanya meletakkan jari pada lensa utama dan flash. Sebaik sahaja pengguna berbuat demikian, peranti akan mula mengukur kadar nadi dan keputusan ujian termasuk ilustrasi akan dipaparkan pada papan pemuka aplikasi.

Tapi sayangnya, aplikasi ini tidak ditawarkan kepada pengguna melalui saluran rasmi Google Play Store. Sekiranya berminat, anda boleh memuat-turun fail pemasangannya melalui halaman APKMirror.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd