Bose Melancarkan Pesaing AirPods Pro QuietComfort Dan Juga Sport Earbuds

Bose Melancarkan Pesaing AirPods Pro QuietComfort Dan Juga Sport Earbuds

Diterbitkan pada Sep 11, 2020 oleh .

Beberapa hari lepas telah tertiris produk pesaing AirPOds Pro dari Bose, iaitu Bose QuietComfort. Baru-baru ini aksesori audio ini telah pun dilancarkan secara rasmi. Menurut Bose, QuietComfort ini mempunyai 11 aras pembatalan hingar berbeza dan menjanjikan pengalaman seakan set fon kepala ANC mereka yang sedia ada. Secara tidak langsung bersaing dengan Apple dan juga Sony.

Rekaan QuietComfort ini adalah bujur yang mana dikatakan adalah lebih baik untuk menutup telinga dan menambahkan lagi pengasingan hingar dengan algortima baharu yang boleh menghasilkan isyarat dari bunyi luar dalam masa milisaat sahaja. Ia boleh membatalkan bunyi seperti enjin kereta, kerka-kerja pembangunan bangunan dari bising ke seakan bisikan. Seperti pesaing, ia turut mempunyai mod hear through agar pengguna boleh mendengar suara sendiri apabila ingin berbual.

Dari kualiti audio, Bose menjanjikan kualiti yang hebat, bass yang dalam, serta turut menjanjikan tiada isu bunyi elektrik mendesis. Untuk bateri ia menawarkan ketahanan selama 6 jam secara berterusan dan 12 jam dengan pod pengecasan. Pod pengecasannya turut menyokong pengecasan nirwayar dan Bose menawarkan pilihan warna putih atau hitam. Harga jualan adalah $279 iaitu sekitar RM1160.

Untuk Sports Earbuds, ia adalah pesaing kepada produk seperti Jabra Elite Active 75t atyau Samsung Galaxy Buds+. Produk ini adalahs erba baru dan amat berbeza dengan mana-mana siri Sports mereka sebelum ini. Ia mempunyai sistem akustik baharu yang akan memberi semangat ketika mendengar muzik sambil bersukan. Ia juga direka agar fon telinga tidak mudah tertanggal dan mudah dipakai sambil bersukan.

Bateri yang dijanjikan adalah lima jam secara berterusan dan 10 jam dalam pod pengecasan. tetapi tiada sokongan pengecasan nirwayar dan ia juga ada perlindugan IPX4. Ia memofkuskan kepada saiz yang ketat dan padat agar sentiasa selesa. Permukaan fon telinga turut mempunyai sokongan kawalan sentuhan yang memudahkan pengguna mengawal muzik atau menjawab panggilan telefon ketika sedang bersukan.

Harga jualan Bose Sports Earbuds adalah $179, iaitu sekitar RM744.



TIPS & ULASAN