Motorola G9 Plus Dilancarkan – Sokong Snapdragon 730G, Bateri 5000mAh

Motorola G9 Plus Dilancarkan – Sokong Snapdragon 730G, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Sep 11, 2020 oleh .

Motorola kini hadir dengan penawaran terbaru untuk barisan peranti pintar mereka. Dikenali sebagai Motorola G9 Plus, peranti ini hadir dengan cip pemproses yang sama digunakan pada Google Pixel 4a.

Motorola G9 Plus membawakan paparan berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+. Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 730G dengan gabungan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ruang ini turut boleh dikembangkan menerusi sokongan slot microSD dengan had maksimum 512GB.

Untuk kamera, ia menyokong sistem kuad-kamera dengan konfigurasi 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera hadapannya pula sebesar 16-Megapixel yang ditempatkan di skrin berlubang pada panel hadapan. Melengkapinya juga, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W (melalui USB-C).

Spesifikasi lain termasuklah sokongan bluetooth 5.0, NFC, pengimbas cap jari sisi dan bicu audio 3.5mm. Didatangkan dalam warna Rose Gold dan Indigo Blue, peranti ini dijual pada harga BRL2,499 (~RM1950). Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran Brazil sahaja.



TIPS & ULASAN