Cari @ Amanz

Huawei pada minggu ini telah pun memperkenalkan EMUI11 untuk telefon pintar sedia ada. Buat masa ini, ia masih berasaskan kepada sistem operasi Android.

Menariknya, bercakap mengenainya, pihak Huawei kini mengesahkan yang mana peranti yang menjalankan EMUI11 kelak boleh dinaik-taraf ke sistem operasi Harmony OS.

Ini bermakna anda tidak perlu mendapatkan telefon pintar baru untuk mencuba atau menggunakan Harmony OS, sebaliknya boleh digunakan pada peranti sedia ada.

Huawei sebelum ini telah mengatakan mereka akan menawarkan versi pembangunan Harmony OS untuk telefon pintar seawal penghujung tahun ini bagi memudahkan pengguna mengoptimasikan aplikasi untuk sistem operasi terbaru Huawei berkenaan.

Dengan perkongsian terbaru ini, semestinya lebih ramai tidak sabar menantikan untuk mencuba sistem operasi Harmony OS pada telefon pintar masing-masing sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd