Peranti Yang Dikatakan Google Pixel 5s Tertiris – Mungkin Hanya Nama Lama

Peranti Yang Dikatakan Google Pixel 5s Tertiris – Mungkin Hanya Nama Lama

Diterbitkan pada Sep 14, 2020 oleh .

Google sudah pun mengesahkan yang akan ada dua lagi peranti Google Pixel bakal tiba – iaitu Pixel 4A 5G dan juga Pixel 5. Tetapi sejak minggu lepas, ada beberapa imej tertiris menyatakan yang peranti Pixel 5 mungkin akan digelar sebagai Pixel 5s – kerana nama peranti itu selari dengan nombor IMEI yang ada pada peranti tersebut. Tetapi, ada kemungkinan besar nama peranti ini adalah nama yang lama dan Google akan kekal menggunakan nama Pixel 5.

Bagi yang tidak tahu, Pixel 5 bukan lagi peranti mercu – tetapi adalah sebuah peranti kelas pertengahan premium. Ia akan dijana dengan cip Snapdragon 765G, menyertakan dwi-kamera, skrin dengan kadar segar semula yang tinggi serta jika dibandingkan dengan Pixel 4a 5G – bezanya mungkin dari segi saiz, bateri dan kamera. Bercakap mengenai Pixel 4a 5G, nama asal bagi peranti ini adalah Pixel 4a XL – tetapi ia tidak jadi digunakan. Oleh yang demikian, begitu juga dengan Pixel 5s ini – ia mungkin hanya nama lama dan Google sudah pun mengacah yang nama peranti ini adalah Pixel 5.



TIPS & ULASAN