Cari @ Amanz

Apple Memperkenalkan Cip A14 Dengan Rekaan Proses 5nm

Oleh Aman

Link Copied!

Beberapa tahun kebelakangan ini, Apple sering memperkenalkan cip pemprosesan mudah-alih mereka bersama-sama dengan iPhone terbaru. Namun, untuk tahun ini, cip pemprosesan terbaru diumumkan terlebih dahulu bersama-sama dengan iPad Air yang dikemaskini.

Dinamakan Apple A14, cip pemprosesan ini hadir dengan rekaan binaan berasaskan 5nm – antara yang terawal dalam industri peranti mudah-alih.

Cip ini menggunakan rekaan enam teras, menawarkan kuasa pemprosesan CPU sebanyak 40% lebih tinggi selain 4 teras GPU yang menawarkan peningkatan sokongan grafik sebanyak 30%.

Apple turut mengatakan cip A14 Bionic terbaru turut menyertakan sokongan Enjin Neural sebesar 16-teras untuk memudahkan sejumlah penghitungan dan operasi. Ini sekaligus memudahkan lagi proses pembelajaran mesin dilakukan.

iPad Air merupakan produk terawal menggunakan cip pemprosesan siri A14 ini, dan ia dijangka hadir pada iPhone terbaru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.


Komen ()