Konfigurasi Kamera Utama Samsung Galaxy A52 Tertiris

Konfigurasi Kamera Utama Samsung Galaxy A52 Tertiris

Diterbitkan pada Sep 17, 2020 oleh .

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan Samsung Galaxy A50 dan kita boleh kata kemunculannya menerima sambutan yang memberangsangkan. Ada pihak yang berpuas hati dan tidak kurang juga yang tampil dengan pendapat tersendiri. Kemudian, jenama ini memperluaskan lagi penawarannya dengan memperkenalkan Samsung Galaxy A51 dan Samsung Galaxy A51 5G pula.

Imej Sekadar Hiasan : Samsung Galaxy A51

Dalam perkembangan terkini, jenama dari Korea Selatan ini dilihat dalam perancangan untuk pengenalan Samsung Galaxy A52. Ia berikutan terdapatnya dakwaan yang mengatakan konfigurasi kamera utamanya kini telah tertiris di arena web. Menurut beberapa sumber, peranti ini berkemungkinan hadir dengan sistem kuad-kamera yang dilengkapi lensa utama 64-Megapixel.

Sebagai perbandingan, ini adalah peningkatan daripada Galaxy A51 yang hanya menggunakan lensa utama sebesar 48-Megapixel. Seterusnya, ia juga dibekalkan dengan lensa makro. Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada peranti ini akan disertakan lensa ultra-lebar dan lensa kedalaman ataupun tidak.

Dalam perkembangan berbeza, peranti ini juga berkemungkinan hadir dalam dua variasi iaitu LTE dan 5G. Buat masa ini, tarikh pelancarannya juga masih belum diketahui.



TIPS & ULASAN