Aplikasi Google Home Memberi Bukti Yang Android TV Akan Berubah Kepada Google TV

Aplikasi Google Home Memberi Bukti Yang Android TV Akan Berubah Kepada Google TV

Diterbitkan pada Sep 17, 2020 oleh .

Google akan melancarkan dongel Android TV tidak lama lagi. Kod produk ini adalah Sabrina dan menurut laporan awal minggu, nama produk ini adalah Google Chromecast with Google TV. Ini memberi petanda yang sistem Android TV kelak akan diubah namanya kepada Google TV.

Terkini, terdapat lagi bukti yang nama Android TV akan diubah kepada Google TV. Kod dalam aplikasi Google Home telah memperlihatkan beberapa penggunaan nama “Google TV“. Google masih menggunakan nama Android TV, tetapi dalam bentuk kod atv. Ia adalah butiran bagi beberapa ciri dan fungsi untuk dongel ini kelak, yang mana adalah untuk pengguna menggunakan aplikasi Google Home sebagai kawalan.

Jelas di sini kelak, kita tidak lagi akan lihat penggunaan nama Android TV – tetapi adalah Google TV. Pengumuman lanjut besar kemungkinan akan diumumkan semasa acara khas Google pada 30 September kelak, yang mana mungkin adalah tarikh produk ini dilancarkan bersama-sama Pixel 4a 5G dan Pixel 5.



TIPS & ULASAN