Cari @ Amanz

Dua hari lepas, Samsung dikhabarkan akan hadir dengan siri baharu peranti Galaxy – iaitu Galaxy F. Siri ini dikatakan ingin memfokuskan kepada fotografi, mungkin “F” itu adalah fotografi? Tetapi dengan penggunaan saiz sensor besar pada Galaxy A dan Galaxy M, peranti mungkin sukar untuk dipasarkan. Tetapi, Galaxy F kelak akan menyertai keluarga Samsung lain seperti Galaxy A, Galaxy M, Galaxy S, Galaxy Note, dan juga Galaxy Z.

Terkini, melalui Google Play Console – sedikit spesifikasi peranti ini telah didedahkan. Peranti pertama mungkin adalah Samsung Galaxy F41. Ia disenaraikan sebagai peranti yang menggunakan memori 6GB RAM dan dijana dengan cip pemprosesan Exynos 9611. Resolusi skrin pula adalah FHD+ dan itu sahaja informasi yang ada mengenai peranti ini. Peranti ini turut dikhabarkan akan dipasarkan di India sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd