Cari @ Amanz

Dengan pelancaran GoPro Hero9 Black di Malaysia hari ini, harga jualan tiga lagi kamera aksi GoPro temapatan telah dikemaskini. GoPro Hero8 Black kini ditawarkan pada harga RM1699 turun dari harga asl RM1879 semasa dilancarkan tahun lalu.

Sekiranya anda tidak memerlukan model GoPro terkini, GoPro Hero 7 kini ditawarkan pula pada harga RM1199 sebuah berbanding harga terdahulu RM1559 sebuah. Dengan harga yang dikemaskini, pengguna boleh melakukan pilihan kamera aksi manakah yang paling diperlukan dan pada waktu yang sama boleh dimiliki pada harga yang lebih mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd