Cari @ Amanz


Xiaomi Mi 10T sebelum ini telah tertiris dalam beberapa imej sebenar. Imej tersebut telah memperlihatkan hampir keseluruhan rekaan pada peranti yang dipercayai tampil dengan skrin berlubang pada panel hadapan. Selain, disertakan modul kamera berbentuk segi empat di belakang.

Dalam perkembangan terkini, harga jualannya pula dikatakan telah tertiris menerusi perkongsian sebuah hantaran di laman Weibo. Berdasarkan info dikongsi, harga untuk Xiaomi Mi 10T Pro adalah €699 (~RM3,409). Ia turut memperlihatkan hanya satu harga sahaja yang ditawarkan – sekaligus memberi bayangan bahawa peranti ini berkemungkinan besar hadir dalam satu variasi sahaja. Namun begitu, ia masih di peringkat spekulasi semata-mata.

Pada hantaran yang sama turut memperlihatkan sejumlah spesifikasi pada peranti. Peranti ini dipercayai hadir dengan skrin kadar segar semula 144Hz, dijana Snapdragon 865, kamera utama 108-Megapixel dan bateri 5,000mAh. Jika diteliti, sedikit sebanyak apa yang tertiris seakan-akan mengiyakan spesifikasi tertiris sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd