Pengasas Instagram Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Menjadi CEO TikTok

Pengasas Instagram Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Menjadi CEO TikTok

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .

CEO TikTok telah pun meletakkan jawapan beberapa minggu lepas, dan kini mengikut laporan awal, Kevin Systrom, iaitu pengasas Instagram dikatakan dalam perbincangan awal untuk jawatan tersebut.

Ia diperkatakan perbincangan berkenaan masih pada peringkat awal, dan masih tiada sebarang keputusan telah dilakukan.


Kevin Systrom sebelum ini telah mengasaskan Instagram pada 2010, sebelum menjualnya kepada Facebook. Beliau meninggalkan gergasi laman sosial berkenaan pada 2018 yang lepas.

TikTok sendiri dilihat ingin mengalihkan ibu pejabat mereka ke Amerika Syarikat, dan semestinya mereka akan memerlukan CEO berpusat di Amerika Syarikat untuk mengurangkan impak halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat.



TIPS & ULASAN