Di Lembah Silikon, masih banyak syarikat yang mengarahkan kakitangan untuk terus bekerja dari rumah akibat Covid-19. Ini adalah munasabah kerana tidak seperti Malaysia, Amerika Syarikat ialah negara dunia ketiga yang gagal merendahkan keluk pandemik pucuk pimpinan yang terlebih bijak. Semasa pelancaran Oculus Quest2 semalam, Facebook memperlihatkan Infinite Office yang merupakan projek Facebook Reality Labs.
Infinite Office ialah pejabat realiti terimbuh yang boleh diakses menggunakan peranti Oculus. Di dalam dunia maya, skrin Infinite Office akan terapung di dunia sebenar. Pengguna boleh menggunakan multi skrin dalam persekitaran maya.
Kerana menggunakan mod tembus Oculus, dunia sebenar boleh dipaparkan dalam warna monokrom dengan desktop sahaja berwarna. Tetapi sekiranya dunia sebenar mengganggu konsentrasi, pengguna boleh mengubah latar belakang kepada dunia maya tiga dimensi.

Sistem berasaskan Chrome digunakan bagi membolehkan pelbagai laman web diakses. Kawalan menggunakan tangan boleh dilakukan tetapi menerusi kerjasama dengan Logitech, papan kekunci sebenar boleh digunakan dalam dunia maya. Sebelum ini dalam ujian Beta, pengguna dibenarkan memaparkan desktop Windows 10 di dalam Infinite Office tetapi dalam versi yang dilancarkan ini ia tidak disokong.