Facebook kini dituduh memantau pengguna Instagram tanpa kebenaran melalui kamera pada telefon pintar pengguna. Selari dengannya, sebuah saman telah difailkan di Amerika Syarikat.
Sebelum ini, pada bulan Julai lepas, ia dilihat aplikasi Instagram mengakses kamera tanpa kebenaran ketika menggunakan iOS14. Seperti ramai sedia maklum, iOS14 meningkatkan ciri kawalan privasi, dan akan memaklumkan pengguna apabila sesuatu aplikasi mengakses mikrofon, kamera atau kandungan clipboard.
Lanjutan daripada itu, Facebook telah menidakkan laporan berkenaan, dan mengatakan ia adalah kesilapan disebabkan oleh pepijat.
Apa pun, melalui saman mahkamah yang difailkan, seorang pengguna Instagram mengatakan Instagram mengaksesnya untuk mengumpulkan data pengguna.
Buat masa ini, Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.