Telekom Malaysia sebelum ini telah mula menawarkan pakej 500Mbps dan 800Mbps kepada pengguna, dan ketika penawaran awal, ia dilihat kedua-dua pelan menawarkan kadar muat-naik mencapai 200Mbps. Apa pun, perkara berkenaan dilihat telah diubah kini untuk pakej 500Mbps.
Pakej 500Mbps disenaraikan dengan penawaran kadar muat-naik mencapai 200Mbps ketika ia diumumkan, tetapi kini pakej berkenaan dilihat telah diubah kepada kadar muat-naik mencapai 100Mbps sahaja.
Pengurangan sebanyak 50% ini tidak dinyatakan mengapa, dan menurut laporan SoyaCincau, ia dikatakan kelajuan 200Mbps pada awalnya adalah suatu kesilapan, dan ia sepatutnya adalah 100Mbps.
Buat masa ini, pakej 500Mbps disenaraikan pada laman TM dengan kadar muat-naik 100Mbps pada harga RM249 sebulan. Mungkin sudah tiba masanya untuk TM memaklumkan sebarang kesilapan atau perubahan dengan lebih terbuka dan tidak melakukannya secara senyap-senyap seperti ini.