Facebook Business Suite Diperkenalkan Bagi Menguruskan Perniagaan Di Facebok Dan Instagram Secara Setempat

Facebook Business Suite Diperkenalkan Bagi Menguruskan Perniagaan Di Facebok Dan Instagram Secara Setempat

Diterbitkan pada Sep 18, 2020 oleh .


Facebook kini hadir dengan satu lagi aplikasi yang direka khas bagi memudahkan peniaga mengurus semua aktiviti perniagaan mereka secara setempat. Dikenali sebagai Facebook Business Suites, ia menggabungkan akses utama kepada kemas kini perniagaan di Facebook dan Instagram.

Melaluinya, ia membolehkan pemilik perniagaan untuk melihat kemas kini secara sepintas lalu (menerima dan berkongsi makluman kepada komuniti ), menjadualkan hantaran pada aplikasi berbeza (Facebook dan Instagram) secara serentak dan membuat iklan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Ini sekaligus, dapat membantu peniaga untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik, selain memberikan lebih masa untuk mereka memberikan fokus pada aspek perniagaan yang lain.

Dalam pada itu, antaramuka pada aplikasi ini turut menyediakan akses kepada pengguna untuk menyemak setiap data berkaitan perniagaan mereka – tidak terhad di Facebook sahaja, sebaliknya Instagram juga. Pada masa sama, Facebook juga dikatakan bakal mengintegrasikan aplikasi WhatsApp pada Facebook Business Suite menerusi kemas kini akan datang.

Jika diteliti, Facebook Business Suite dilihat menawarkan ciri lebih kurang sama yang turut boleh ditemui pada Facebook Shops sebelum ini. Untuk makluman semua, Facebook Business Suite kini tersedia secara berperingkat bermula hari ini.



TIPS & ULASAN