Pentadbiran Trump Dilaporkan Mula Melihat Kepada Syarikat Permainan Dibawah Tencent

Pentadbiran Trump Dilaporkan Mula Melihat Kepada Syarikat Permainan Dibawah Tencent

Diterbitkan pada Sep 19, 2020 oleh .

Tencent mempunyai sejumlah pelaburan pada syarikat permainan video dibawah mereka. Ini termasuk Riot Games, Epic Games, Bluehole, Ubisoft, Activision Blizzard, Supercell, Discord dan lain-lain.

Terbaru, selepas aplikasi WeChat diumumkan akan diharamkan, hadir laporan baru mengatakan kerajaan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Trump telah mula melihat kepada syarikat-syarikat permainan video yang melibatkan Tencent.

Ia dikatakan kerajaan AS telah meminta syarikat permainan ini menawarkan informasi berkaitan protokol sekuriti dan bagaimana mereka menguruskan data peribadi pengguna Amerika.

Sebelum ini, beberapa permainan video telah diharamkan di India, dan sekiranya pentadbiran Trump mengambil langkah sama seperti aplikasi untuk TikTok – kita mungkin melihat kerajaan AS meminta Tencent menjual saham pada syarikat berkenaan, atau beberapa langkah yang lain.

Menurut Bloomberg, pelaburan dan aset Tencent di Amerika Syarikat mungkin bernilai sekitar $22 bilion, yang membawa kepada sekitar 6-7% daripada jualan dan keuntungan mereka.



TIPS & ULASAN