Cari @ Amanz

Tahun ini Google telah hadir dengan peranti kelas pertengahan Google Pixel 4a. Ia adalah peranti mampu milik Google yang dijana cip Snapdragon 730G, memori 6/128 GB dan menggunakan skrin OLED 60Hz. Google turut akan hadir dengan dua lagi peranti kelas pertengahan, iaitu Pixel 4a 5G yang dilaporkan akan dijana Snapdragon 765G serta Pixel 5 yang turut akan menggunakan cip yang sama.

Semasa Pixel 4a mula dilancarkan, Google telah mengacah kehadiran Pixel 4a 5G dan juga Pixel 5. Ia dikatakan akan dilancarkan pada bulan Oktober. Tetapi disebabkan 30 September ini akan ada acara khas yang mungkin untuk dua peranti ini, bulan Oktober mungkin adalah bulan peranti ini mula dijual. Pixel 4a 5G dikatakan akan dijual pada harga $499, iaitu sekitar RM2,065. Ia adalah harga kompetitif jika dibandingkan dengan OnePlus Nord. Kerana ramai tahu mengenai kemampuan perisian dan kamera Pixel.

Tetapi, Pixel 5 masih tiada harga lagi. Terkini, peniris terkenal Ronald Quandt telah menciap yang harga Pixel 5 mungkin adalah €629. Iaitu sekitar RM3,057. Mengikut trend jualan peranti Google, jika pasaran Eropah adalah €629 – besar kemungkinan harga Amerika Syarikat adalah $629. Ini menjadikan harga Pixel 5 adalah sekitar RM2,603. Jika benar ini adalah harga Pixel 5, harga jualan import mungkin akan menjadi sekitar RM2900 sehingga RM3099.

Mungkin harga set import adalah mahal, tetapi bagi peminat peranti Pixel – ini bukan satu masalah. Spesifikasi penuh Pixel 4a 5G dan Pixel 5 masih mengelirukan lagi kerana tidak tahu kejutan apa yang bakal Google bawa. Jika ia sudah dilancarkan, yang mana satu menarik perhatian anda, Pixel 4a 5G atau Pixel 5?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd