Android 11 Untuk Android TV Dilancarkan

Android 11 Untuk Android TV Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Beberapa minggu selepas kemas kini Android 11 diberikan kepada telefon pintar, kini tiba giliran Android 11 diberikan pula kepada televisyen pintar Android TV.

Menerusi Android 11 Untuk Android TV, antaramuka akan menjadi lebih lancar dan responsif menerusi sistem pengurusan memori yang lebih baik. Seperti pada Android 11, privasi juga dipertingkatkan dengan hanya memberikan akses kepada aplikasi untuk satu kali saja sekiranya perlu.

Kemaskini lain yang diberikan ialah sokongan lebih banyak pengawal permainan untuk menyokong permua serta Google Stadia. Ciri lain yang telah diumumkan sebelum ini ialah menaip menggunakan suara, Instant App dan pembayaran menggunakan pin terus dari antaramuka Android TV.

Menurut Google kemas kini ke Android 11 untuk Android TV akan diberikan oleh pengeluar televisyen dalam bulan-bulan mendatang. Antara peranti terawal yang menggunakannya pastinya ialah dongel Android TV Sabrina yang akan dilancarkan pada 30 September ini.



TIPS & ULASAN