Cari @ Amanz

Disney+ Kini Menyokong Penstriman Melalui Paparan Pintar Google

Link Copied!

Selepas bertahun paparan pintar dari Google dilancarkan, hanya pada bulan Julai lepas Google memberikan sokongan penstriman Netflix kepada peranti Nest mereka. Terkini, giliran Disney+ pula yang mana adalah platform penstriman video tersendiri dari Disney.

Bagi pemilik akaun Disney+, jika anda ingin menonton filem atau siri TV kegemaran terus ke paparan pintar – kini hanya dengan arahan suara Google Assistant sahaja ia sudah boleh memainkan kandungan yang anda gemari. Salah satu siri TV popular adalah siri sampingan Star Wars, The Mandalorian – sebut sahaja “Hey Google, play ‘The Mandalorian’ on Disney+”. Jika anda memiliki Android TV, anda turut boleh mengarahkan Google Assistant mainkan terus di televisyen anda.


Komen ()