Ini Adalah Senarai Peranti Realme Yang Akan Menerima Kemaskini Realme UI 2.0

Ini Adalah Senarai Peranti Realme Yang Akan Menerima Kemaskini Realme UI 2.0

Diterbitkan pada Sep 23, 2020 oleh .

Realme UI 2.0 sudah pun rasmi. Ia adalah sistem operasi generasi kedua “tersendiri” Realme yang dibina berasaskan Android. Walau bagaimanapun, jelas sekali ia dibina berasakan Color OS – iaitu sistem operasi milik Oppo. Realme UI 2.0 ini adalah sistem oeprasi yang dibina berasakan sistem operasi Android 11.

Peranti pertama Realme yang akan menerima kemaskini ini adalah Realme X50 Pro, iaitu akses awal pada esok hari – 24 September. Ia kemudian akan beralih ke versi beta terbuka pada hujung Oktober dan versi stabil hanya akan tiba pada hujung November. Bagi peranti Realme lain, anda boleh rujuk imej di bawah. Ia akan mula diedarkan secara berperingkat pada bulan ini dan berterusan sehingga suku kedua tahun 2021.

Berbeza dengan Color OS 11 yang ada sekitar 28 peranti yang menyokong kemaskini ini. Realme UI 2.0 hanya disokong pada 22 peranti sahaja buat masa ini.



TIPS & ULASAN