Cari @ Amanz

Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini telah menyenarai-hitam Huawei, dan menghalang sebarang perdagangan untuk dilakukan bersama syarikat berkenaan. Apa pun, AS memberikan sedikit kelonggaran, dimana syarikat yang berpusat di Amerika boleh memohon lesen dan meneruskan dagangan dengan pihak Huawei sekiranya dibenarkan.

Sebelum ini, Intel telah pun diberikan lesen khas untuk terus berurusan dengan pihak Huawei. Terkini, Huawei turut mengatakan Qualcomm telah memohon lesen untuk menjual cip mereka kepada Huawei.

Sekiranya dibenarkan, Huawei akan dapat terus mengeluarkan telefon pintar mereka, dan memasarkannya seperti biasa.

Buat masa ini, Huawei menghadapi cabaran apabila mereka dihalang untuk mengeluarkan cip pemprosesan sendiri – atau turut mendapatkan cip daripada pengeluar lain. Hal ini sekaligus membawa kepada tanda tanya berkenaan dengan masa hadapan perniagaan Huawei dalam arena telefon pintar.

Apa pun, sekiranya mereka berjaya mendapatkan cip dari Qualcomm, mereka masih boleh meneruskan operasi seperti biasa, dan tidak perlu risau untuk terus bersaing dalam arena telefon pintar.

Mungkinkah kita akan melihat cip Qualcomm digunakan pada telefon pintar akan datang Huawei sebagai ganti kepada kehilangan Kirin?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd