Cari @ Amanz

Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah. Setelah ramai merungut sejak awal tahun ini, akhirnya Samsung melancarkan juga sebuah telefon pintar dengan Snapdragon 865 di Malaysia iaitu Samsung Galaxy S20 FE 5G.

Di Malaysia hanya versi 5G akan ditawarkan dengan Snapdragon 865 yang dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 256GB pada harga RM3399. Maka kepada mereka yang menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah telefon pintar Samsung dengan pemproses Qualcomm ini akan akhirnya mampu melakukannya.

Sekiranya pengguna inginkan peranti yang lebih berkuasa, Z Fold2 dan Tab S7 telahpun ditawarkan di Malaysia dengan pemproses Snapdragon 865+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd