Carian
Samsung Galaxy F41 Sokong Bateri 6000mAh – Diperkenalkan Pada 8 Oktober Kelak
September 24, 2020 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy F41 Bakal Dilancarkan Pada 8 Oktober Ini
Samsung sebelum ini dilaporkan bakal muncul dengan siri peranti pintar terbaru yang memfokuskan kepada penawaran fotografi dikenali sebagai Samsung Galaxy F. Kemudian, hari demi hari maklumat tertiris mengenainya mula membanjiri media sosial dan peranti pertama di bawah siri ini akan dipanggil sebagai Samsung Galaxy F41.

Lebih menariknya lagi, tarikh pelancaran rasminya juga telah tertiris di laman Flipkart yang mana dijadualkan berlangsung pada 8 Oktober ini. Difahamkan juga, ini merupakan pelancaran global untuk peranti ini. Laman web yang sama dilihat sekaligus mendedahkan sejumlah spesifikasi pada peranti seperti penggunaan paparan dengan panel Super AMOLED dan bateri besar 6,000mAh. Selain itu, ia juga dilihat hadir dengan paparan bertakuk kecil, tiga kamera utama dan pengimbas cap jari fizikal.

Itu sahaja yang dapat disahkan buat masa ini, untuk ketahui lebih lanjut segalanya akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak. Apakah pendapat dan pengharapan anda untuk siri terbaru ini?

Komen