Imej Pengolokan Rasmi Pixel 5 Pula Tertiris – Memperlihatkan Warna Hijau

Imej Pengolokan Rasmi Pixel 5 Pula Tertiris – Memperlihatkan Warna Hijau

Diterbitkan pada Sep 25, 2020 oleh .

Semalam imej pengolokan rasmi Pixel 4a 5G telah tertiris. Ia memperlihatkan rekaan warna hitam mirip Pixel 4 serta kemasan seakan Pixel 4a. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa butiran lain seperti Pixel 4a 5G akan menggunakan bahan binaan lebih murah dari Pixel 5. Pixel 4a 5G turut akan mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan Pixel 5, kecuali pada bateri, saiz skrin dan beberapa ciri tambahan lain.

Terkini, imej pengolokan ramsi Pixel 5 pula telah tertirtis. Buat pertama kalinya ia memperlihatkan warna baru iaitu hijau. Mungkin mengikut trend peranti dari China dan Apple seperti Oppo dan Apple. Tetapi kemasan Pixel 5 ini dilihat kekal matte dan mungkin akan memberikan cengkaman baik serta kemasan yang lembut dan selesa dipegang. Model berwarna hitam mereka turut diperlihatkan, yang mana seakan tiada beza dengan Pixel 4a 5G. Perbezaan ketara adalah ketiadaan port bicu auidio 3.5mm.

Pixel 5 dan Pixel 4a 5G dikhabarkan akan dilancarkan bersama-sama dengan dongel Chromecast with Google TV serta dengan peranti berhubung Google Nest baru pada 30 September ini. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN