Carian
Siri Kad Grafik GIGABYTE GeForce RTX 3080 Dan RTX 3090 Memasuki Pasaran Tempatan – Harga Mencecah RM7899
September 25, 2020 Nazrin

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 sudahpun mula memasuki pasaran tempatan, dan nampaknya pelbagai jenama pembangun kad grafik telah mula menjualnya.

Diantaranya ialah jenama komponen terkemuka GIGABYTE, dan mereka telah memperlihatkan tanda harga tempatan untuk beberapa model kad grafik siri RTX 3000, termasuklah GIGABYTE GeForce RTX 3080 Gaming OC, GIGABYTE GeForce GTX 3080 Eagle OC, GIGABYTE GeForce RTX 3090 Gaming OC dan GIGABYTE GeForce RTX 3090 Eagle OC.

Melalui semua kad-kad grafik ini, GIGABYTE memperkenalkan sistem penyejukan WindForce 3X yang menggabungkan tiga kipas penyejukan bersama-sama dengan bongkah gangsa dan juga paip-paip pengalir haba yang cekap dalam mengalirkan haba daripada bahagian komponen-komponen seperti GPU dan juga memori.

Lebih menarik lagi, kipas-kipas ini tidak akan berputar sehingga cip grafik tersebut mencapai suhu dimana ia perlu disejukkan. Kipas tengah pula akan berputar secara bertentagan untuk mengoptimasikan pengaliran udara yang keluar dari bahagian belakang untuk memastikan komponen-komponen didalam kekal sejuk.

Kad-kad grafik model RTX 3080 Gaming OC dan Eagle OC dikuasakan dengan dua palam kuasa 8-pin PCIe, dan pengguna disyorkan untuk menggunakan bekalan kuasa 750W untuk menguasakan kad grafik ini.

Kad-kad grafik model RTX 3090 Gaming OC dan Eagle OC pula dikuasakan dengan jumlah palam kuasa yang sama. Ia disyorkan anda menggunakan bekalan kuasa dengan kapasiti sekurang-kurangnya 750W sehingga 1000W bergantung kepada spesifikasi komputer anda.

Seperti yang dikatakan, kad-kad grafik ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada tanda-tanda harga berikut:

Komen