Garmin Venu adalah jam tangan pintar memfokuskan gaya hidup dengan rekaan premium, skrin bulat serta kekal dengan ciri pemantauan dan penjejakan kesihatan. Terkini, Garmin hadir dengan Venu Sq pula – yang mana hadir dengan skrin segi empat. Ia boleh dikatakan adalah versi Venu lebih murah dan rekaan berbeza.
Skrin adalah jenis sesentuh 1.3-inci LCD dengan perlindungan Gorilla Glass 3. Jam ini dibina dari bahan yang kukuh iaitu gentian-polimer yang tahan lasak serta digabungkan dengan aluminium. Seperti kebanyakan jam tangan pintar lain, ia turut hadir dengan sensor pengimbas nadi, sensor oximeter untuk mengukur nilai oksigen dalam darah dan juga GPS. Kebanyakan ciri dan funsgi dari jam Garmin lain masih kekal, seperti bateri tubuh, tekanan, atau juga sokongan hubungan ke Garmin IQ.

Ia juga kali air 5ATM, hadir dengan NFC untuk pembayaran nirtunai, bateri enam hari untuk penggunaan pintar dan 14 jam untuk penggunaan ekstrem. Pengecas pula adalah jenis dermaga dengan pin dan boleh mengawal notifikasi serta panggilan telefon.
Harga jualan adalah $199 (~RM829) untuk Venu Sq dan $249 (~RM1037) Venu Sq Music Edition. Music Edition ini adalah versi dengan storan dalaman yang membolehkan muzik dari Spotify dan banyak lagi platform penstriman dimuat turun secara luar talian. Jam ini turut akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, sama-sama kita nantikan kehadirannya.