Peranti Samsung Galaxy A Seterusnya Mungkin Hadir Dengan Lima Kamera Utama

Peranti Samsung Galaxy A Seterusnya Mungkin Hadir Dengan Lima Kamera Utama

Diterbitkan pada Sep 25, 2020 oleh .

Samsung kini dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan peranti seterusnya di bawah siri Galaxy A dengan persediaan lima kamera utama. Ia berikutan tersebarnya khabar angin mengenainya di arena web, selain konfigurasi kameranya juga telah diketahui.

Konfigurasinya di sini terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 12-Megapixel (ulta-lebar) + 8-Megapixel (telefoto) + 5-Megapixel (makro) + 5-Megapixel. Kamera hadapannya pula dipercayai hadir dengan 32-Megapixel. Ura-ura juga mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy A72. Meskipun demikian, rasanya adalah lebih baik jikalau kita menganggapnya sekadar satu spekulasi awal semata.

Tiada butiran lanjut mengenainya namun, peranti ini dijangka diperkenalkan sekitar separuh tahun pertama 2021 kelak. Dalam pada itu, Samsung Galaxy A52 juga mungkin diperkenalkan seiring dengannya – konfigurasi kameranya juga telah tertiris sebelum ini.



TIPS & ULASAN