Carian
Realme Memperkenalkan Teknologi SLED Untuk Skrin Televisyen
September 27, 2020 Effi Saharudin

QLED, OLED, ULED, Mini LED dan Mikro LED adalah antara teknologi yang digunakan pada skrin pelbagai peranti di pasaran. Jika anda ingin tahun perbezaan di antara kesemua teknologi ini anda boleh membaca artikel yang kami terbitkan beberapa hari yang lalu.

Realme ingin menambah sebuah lagi teknologi skrin yang diberi nama SLED. Menurut mereka SLED adalah teknologi yang lebih baik berbanding QLED yang digunakan sekarang. Lampu belakang yang digunakan SLED terdiri daripada LED merah, hijau dan biru berbanding LED biru yang digunakan oleh QLED.

Menurut Realme lagi dengan teknologi ini cahaya biru yang mendatangkan mudarat kepada mata dan mampu memaparkan 108% warna di dalam gamut NTSC. Skrin SLED ini akan digunakan pada televisyen pintar Realme sebesar 55″ kelak yang menyokong paparan resolusi 4K.

Komen