Spesifikasi Xiaomi Mi 10T Pro Dan Mi 10T Yang Tertiris Sedikit Mengecewakan

Spesifikasi Xiaomi Mi 10T Pro Dan Mi 10T Yang Tertiris Sedikit Mengecewakan

Diterbitkan pada Sep 28, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T akan dilancarkan dua hari sahaja lagi tetapi spesifikasi lengkap kedua-dua peranti telahpun tertiris. Dari maklumat yang tertiris ini kami merasakan sedikit kecewa dengan apa yang akan ditawarkan kelak.

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10 kelak hanya menggunakan cip pemproses Snapdragon 865. Cip Snapdragon 865+ yang lebih berkuasa tidak digunakan sama sekali. Berita baik hanyalah skrin yang dipertingkatkan ke 144Hz berbanding 120Hz pada Mi 10 Ultra yang dilancarkan bulan lalu.

Saiz RAM yang ditawarkan juga adalah sederhana sahaja iaitu 8GB walaupun pada model Pro. Perbezaan diantara Mi 10T dan Mi 10T Pro terletak pada saiz sensor kamera utama. Mi 10T Pro dengan sensor 108MP manakala Mi 10 dengan sensor 64MP. Di Malaysia kedua-dua model disahkan akan dilancarkan pada 6 Oktober kelak.



TIPS & ULASAN