Reka Bentuk Pengecas Warp Charge 65 Diperlihatkan Dan Sah Tiada OnePlus 8T Pro Tahun Ini

Reka Bentuk Pengecas Warp Charge 65 Diperlihatkan Dan Sah Tiada OnePlus 8T Pro Tahun Ini

Diterbitkan pada Sep 29, 2020 oleh .

OnePlus telah mengumumkan sistem pengecasan pantas baharu mereka pada minggu lepas, Warp Charge 65. Ia adalah sistem pengecasan pantas dengan kuasa 65W, menggunakan USB-C dan turut menyokong USB-PD pada kuasa 45W. Sistem pengecas ini boleh mengecas OnePlus 8T sehigga 100% dalam masa 39 minit sahaja.

Terkini, Pete Lau telah memperlihatkan rekaan pengecas ini. Ia memperlihatkan penggunaan USB-C ke USB-C. Bukan itu sahaja, Pete Lau turut berkongsi grafik yang memperlihatkan OnePlus Buds, OnePlus Bullets Wireless Z, sebuah komputer riba dan juga Nintendo Switch. Ia memberi petanda yang pengecas baru mereka ini adalah satu untuk semua, memandangkan ia menyokong piawaian Power Delivery.

Bukan itu sahaja, Pete Lau turut menjelaskan yang tahun ini tiada OnePlus 8T Pro. Kerana menurut beliau tiada sebarang peningkatan sesuai pada OnePlus 8 Pro yang membuatkan 8T Pro berbaloi diperkenalkan. Jadi, ini bermakna, penggunaan nama Ultra dalam video-video mereka adalah gimik untuk menaikkan semangat pelancaran OnePlus 8T. Walau bagaimanapun, agak pelik kenapa Pete Lau memadam ciapan beliau.

Sama-sama kita nantikan 14 Oktober nanti, yang mana OnePlus akan melancarkan 5 produk baru termasuk OnePlus 8T dan OnePlus Nord baharu.



TIPS & ULASAN