Cari @ Amanz

Nampaknya ura-ura yang tiada OnePlus 8T Pro mungkin benar. Ini kerana OnePlus baru sahaja menerbitkan video acah baru yang mencadangkan tiada peranti versi Pro. Sebaliknya, ia mungkin akan digantikan dengan versi Ultra agar selari dengan peranti pesaing.

Dengan judul video “Ultra Stops at Nothing“, jelas sekali ia adalah sebuah peranti yang lebih berkuasa. Ini mungkin adalah peranti baru OnePlus yanf dikhabarkan akan dijana Snapdragon 865+ dan kamera 64MP. Dalam video ini, turut kelihatan klip rekaan peranti sedikit yang mana mungkin masih menggunakan elemen rekaan OnePlus 8 tetapi dengan skrin rata.

Jika OnePlus 8T 5G sudah mahal, agaknya berapa harga OnePlus 8T Ultra? Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 14 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd