Xiaomi bakal hadir dengan TWS yang menyokong pembatalan hingar aktif. Sebelum ini mereka hanya ada versi berwayar USB-C dan bicu audio 3.5mm semasa Xiaomi Mi 6 dilancarkan. TWS ini dilihat adalah Mi True Wireless Earphones 2 Pro yang mana sudah pun memasuki Wireless Power Consortium untuk pengiktirafan pod pengecasan mereka yang menyokong pengecasan nirwayar. Nama ini mungkin adalah untuk pasaran global, kerana nama di China biasanya adalah Mi Air atau Mi AirDots.

Terkini, tertiris imej tetapan TWS ini. Ia dilihat menggunakan nama Mi Air 2 Pro. Rekaan jelas sekali adalah klon kepada Apple AirPods Pro. Tetapi pod pengecasannya adalah versi tersendiri. Ia menyokong tambatan pantas seakan AirPods yang mana itu adalah trend terkini untuk banyak TWS. Bila ia akan dijual? Itu masih tidak diketahui lagi, mungkin ia akan diperkenalkan bersama-sama dengan Mi 10T kelak? Sama-sama kita nantikan.