Mi True Wireless Earphones 2 Pro Dengan Pembatalan Hingar Aktif Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Mi True Wireless Earphones 2 Pro Dengan Pembatalan Hingar Aktif Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 26, 2020 oleh .

Xiaomi tidak asing lagi dengan aksesori audio seperti set fon kepala, set fon telinga, pelbagai jenis TWS, pembesar suara atau juga set teater rumah. Antara TWS mereka yang popular adalah AirDots, tetapi ada lagi yang mendapat perhatian ramai – iaitu variasi Pro mereka yang diberi nama Mi True Wireless Earphones. Terkini, mereka dilihat akan hadir dengan Mi True Wireless Earphones 2 ANC – iaitu mempunyai sokongan pembatalan hingar aktif.

Mi True Wireless Earphones bukannya baru, ia sudah wujud sejak tahun 2018 dan tahun lepas sudah pun hadir ke Malaysia. Kemudian di China, ada versi 2S pula dilancarkan dan terkini versi yang benar-benar baru dengan rekaan yang mirip AirPods Pro bakal tiba pula. TWS ini mula muncul di pangkalan data WPC, iaitu Wireless Power Consortium. Ini bermakna, TWS ini akan hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar. Nombor model TWS ini adalah TWSEJ09WM.

Dari segi rekaan, ia jelas sekali adalah jenis dalam telinga. Walaupun fon telinganya mirip dengan AirPods Pro, elemen rekaan Xiaomi masih dikekalkan seperti tangkai silindir dan pod pengecasan yang dilihat sedikit tinggi dan lebih luas dari AirPods Pro. Buat masa ini, masih tiada tarikh lagi bila ia akan dilancarkan dan adakah ia akan dijual secara global atau terhad di China.

Harga jualan untuk TWS seperti pasti akan mencecah lebih RM300-RM400, kerana harga jualan TWS Xiaomi sebelum ini Mi True Wireless Earphones – mencapai RM300. Dengan adanya ANC, ia pasti akan lebih mahal.



TIPS & ULASAN