Realme menerusi sebuah entri di laman Twitternya kini mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan sebuah acara pengenalan untuk sejumlah produk baharu pada 7 Oktober ini. Dikenali sebagai Leap Next Gen, acara pelancaran ini akan diadakan secara atas-talian.

Dalam sebuah entri berbeza, Realme turut telah mengesahkan bahawa Realme Smart TV SLED 4K turut diperkenalkan pada acara tersebut. Entri tersebut hanya mendedahkan televisyen pintar ini hadir dengan saiz 55-inci yang menyokong paparan resolusi 4K. Selain itu, skrin SLED juga akan digunakan pada televisyen pintar ini. Tiada maklumat lain berkaitan spesifikasi yang ditermui buat masa ini.

Realme mendakwa teknologi pada SLED adalah lebih baik berbanding QLED. Selain, lampu belakang yang digunakan pada teknologi ini terdiri daripada erdiri daripada LED merah, hijau dan biru berbanding LED biru yang digunakan oleh QLED.