Sedia maklum, OnePlus kini dalam persediaan untuk pelancaran peranti terbaru mereka, OnePlus 8T yang dijadualkan muncul pada 14 Oktober kelak. Jenama ini telah mengesahkan sejumlah spesifikasi pada peranti termasuk penggunaan skrin dengan kadar segar semula 120Hz.

Namun begitu, siapa sangka dalam kesibukan ini sebuah lagi produk misteri OnePlus telah ditemui di laman Geekbench dengan kod nama OnePlus KB2000. Memetik maklumat dikongsi, peranti ini dipercayai hadir dengan pemproses Snapdragon 865 (berdasarkan kod nama kona) dan memori 12GB RAM. Selain itu, ia juga dikhabarkan hadir dengan perisian Android 11, dan hanya itu sahaja maklumat yang diketahui buat masa ini.
Sumber mendakwa peranti ini mungkin merupakan sebuah lagi peranti OnePlus 8T dengan varian yang berbeza. Ia berikutan nombor model ini hampir serupa dengan sebuah peranti misteri dipercayai OnePlus 8T yang tertiris sebelum ini.