Adakah OnePlus 8T Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?

Adakah OnePlus 8T Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada July 30, 2020 oleh .

Bahang kehangatan OnePlus Nord masih belum reda, apatah lagi masih ramai yang menantikan pelancarannya untuk pasaran Malaysia. Menariknya, kini muncul pula laporan terbaru mengatakan terdapat sebuah peranti misteri OnePlus yang telah ditemui melalui penanda-aras Geekbench.

Peranti ini muncul dengan kod nama OnePlus KB2001 dan penyenaraian ini memperlihatkan telefon pintar ini akan menggunakan pemproses Snapdragon 865, memori 8GB RAM dan perisian Android 11. Peranti ini juga dilihat berjaya merangkul sebanyak 912 mata untuk ujian satu teras dan 3,288 mata untuk ujian multi-teras.

Pelbagai andaian dan spekulasi mula timbul berhubung pendedahan ini. Ramai menjangkakan ia dipercayai akan dilancarkan sebagai OnePlus 8T. Akan tetapi, jika dilihat pada cip yang disertakan, ia agak mengejutkan kerana OnePlus T cukup dikenali dengan sokongan prestasi yang berkuasa. Mengikut jangkaan awal, sepatutnya siri “T” ini menggunakan cip pemprosesan terkini, Snapdragon 865+.

Seperti biasa, maklumat dikongsi masih di peringkat desas-desus tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada OnePlus. Tetapi, dengan ketirisan maklumat sebegini, kita boleh menjangkakan OnePlus berkemungkinan besar dalam perancangan untuk model terbaru tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN