Carian
Volocopter Dan Japan Airlines Akan Melancarkan Perkhidmatan Teksi Terbang Menjelang 2023
September 30, 2020 Effi Saharudin

Volocopter ialah syarikat yang paling maju ke hadapan dalam melancarkan perkhidmatan teksi terbang mereka ke peringkat global dengan persetujuan telah ditandatangani di Singapura dan Dubai. Terkini mereka menandatangani persetujuan dengan Japan Airlines (JAL) untuk melancarkan perkhidmatan teksi terbang mereka di Jepun dalam masa tiga tahun.

Pengalaman JAL dalam industri penerbangan komersial selama berdekad lamanya akan digunakan untuk memastikan perkhidmatan yang bakal dilancarkan kelak adalah selamat. Selain menawarkan perkhidmatan teksi terbang jarak dekat yang mesra alam kerana menggunakan kuasa elektrik, JAL juga ingin menggunakannya untuk menawarkan bantuan perubatan ke kawasan terpencil. Ini mungkin akan menggunakan VoloDrone yang diumumkan sebelum ini.

Komen